Assalamulaikum.

Terima kasih kerana sudi luangkan masa melawat blog saya. =) It's an honour to have you as my readers.

Selasa, 10 November 2015

My Latest Interest I

Assalamualaikum dan selamat pagi/petang/malam.

Harini Qas nak cerita pasal hobi Qas yang baru. Sebenarnya hobi baru Qas tu membaca jugak, cuma jenis/genre bahan bacaan je yang berbeza. Kalau sebelum ni, Qas suka baca novel remaja yang cintan-cintun tu. Lepas tu Qas beralih pulak ke novel thriller. Yang pasal cerita misteri, gaduh-gaduh, gangster, yakuza, dan macam-macam lagilah. And then, Qas mula baca buku pasal sirah Nabi dan sahabat-sahabat baginda jugak. Tak lama lepas tu, Qas mula baca komik Jepun atau nama famous dia, manga. Qas suka baca manga yang pasal shojou(girls), shounen(boys), action, martial arts, adventure, supernatural, mystery, magic, super power and comedy. Tragedy, psychological and sci-fi are also fine with me. Qas pun suka baca manhua(chinese comic) dan manhwa(korean).

Dan sekarang ni, Qas mula suka baca light novel(LN). Kalau korang nak tahu, LN yang Qas baca online ni asalnya cerita yang ditulis either dalam Japanese or Chinese. Dan ditranslatekan oleh sesiapa yang pandai dua bahasa tu ke dalam english. Qas memang suka sangat baca LN ni, sebab kebanyakan LN yang Qas baca tu ada manga, manhua, or even it's own anime(like cartoon but Japanese's version).

LN yang Qas paling suka adalah pasal martial arts and 'summoning from another world' or 'other wordly-self' story. Antara LN yang Qas paling suka adalah Douluo Dalu(Combat Continent), Jiang Ye(Before Night), and Konjiki no Wordmaster(The Golden Wordmaster). The two first are Chinese's, and the latter is Japanese's. Qas cadangkan bagi korang yang bosan atau dah luak baca novel cinta tu, supaya cuba baca LN. Tapi kalau korang lemah English dan berhajat nak baca LN supaya boleh bantu mantapkan korang punya grammar or anything, Qas bagi amaran. Jangan! Kebanyakan translation ada beberapa grammar mistake, sebab banyak translator yang tak larat nak check grammar. Kalau korang buat essay pun, mesti akan ada kesalahan yang korang buat, kan? Mana larat nak tengok dan perhati satu-satu apa yang kita buat. Samalah dengan kehidupan kita, yang takkan bersih dan kosong dari walau satu kesalahan atau kesilapan.

Okey. Qas rasa sampai setakat ni jelah Qas menulis harini. Nanti Qas akan sambung lain kali. In sya Allah, Qas akan mula post pasal MBC December ni. Kalau tak, tengok lah bila Qas free. Hehehe... Arigatōgozaimashita. Jā mata ne!

Rabu, 5 November 2014

Assalamualaikum.

Hai semua! Ini kali pertama saya buat blog, and I'm so happy!

Mulai hari ni, saya akan buat satu cerita kat blog ni. Tajuknya, Maaf Benci Cinta.

Sedikit pengenalan untuk Maaf Benci Cinta...

Nur Nelisya Adriana dan Raiyan Hafiy. Kedua-duanya tak pernah sebulu. Pantang berjumpa, mesti nak bertekak je kerja budak berdua ni. Yang sorang tu, budak aura misteri. Background dia memang underground. Pakar dalam taekwondo dan aikido. Tapi, memang fail kalau masuk bab hati dan perasaan ni. Yang sorang lagi tu pulak, anak orang kaya yang memang 'princely'. Nak orang ikut arahan dia je semua. Tapi, dia ni kasanova universiti! Playboy gila! Semua budak perempuan kat universiti minat dia kecuali seorang. Korang tahu sendiri lah siapa kan?

Bila buku dengan ruas bertemu, cepat bersiap untuk selamatkan diri anda. Kerana Perang Nelifiy bakal bermula sebentar lagi!

Masalah mereka makin menjadi-jadi apabila sebuah masjid telah terbina antara kedua-duanya. Sebuah perkahwinan yang dirancang oleh keluarga memaksa mereka untuk hidup bersama. Mahligai yang dibina tanpa ada rasa cinta, bertahankah ia?

Tapi, apa akan berlaku apabila 'si ruas' jatuh cinta pada 'si buku'? Perang lagikah atau perjanjian damai akan ditandatangani? Berjayakah usaha 'si ruas' memikat hati 'si buku' yang agak lembap dalam soal cinta ni? Mungkinkah untuk mereka bertukar dari bagai buku bertemu ruas ke bagai cincin dengan permata?