Assalamulaikum.

Terima kasih kerana sudi luangkan masa melawat blog saya. =) It's an honour to have you as my readers.

Rabu, 5 November 2014

Assalamualaikum.

Hai semua! Ini kali pertama saya buat blog, and I'm so happy!

Mulai hari ni, saya akan buat satu cerita kat blog ni. Tajuknya, Maaf Benci Cinta.

Sedikit pengenalan untuk Maaf Benci Cinta...

Nur Nelisya Adriana dan Raiyan Hafiy. Kedua-duanya tak pernah sebulu. Pantang berjumpa, mesti nak bertekak je kerja budak berdua ni. Yang sorang tu, budak aura misteri. Background dia memang underground. Pakar dalam taekwondo dan aikido. Tapi, memang fail kalau masuk bab hati dan perasaan ni. Yang sorang lagi tu pulak, anak orang kaya yang memang 'princely'. Nak orang ikut arahan dia je semua. Tapi, dia ni kasanova universiti! Playboy gila! Semua budak perempuan kat universiti minat dia kecuali seorang. Korang tahu sendiri lah siapa kan?

Bila buku dengan ruas bertemu, cepat bersiap untuk selamatkan diri anda. Kerana Perang Nelifiy bakal bermula sebentar lagi!

Masalah mereka makin menjadi-jadi apabila sebuah masjid telah terbina antara kedua-duanya. Sebuah perkahwinan yang dirancang oleh keluarga memaksa mereka untuk hidup bersama. Mahligai yang dibina tanpa ada rasa cinta, bertahankah ia?

Tapi, apa akan berlaku apabila 'si ruas' jatuh cinta pada 'si buku'? Perang lagikah atau perjanjian damai akan ditandatangani? Berjayakah usaha 'si ruas' memikat hati 'si buku' yang agak lembap dalam soal cinta ni? Mungkinkah untuk mereka bertukar dari bagai buku bertemu ruas ke bagai cincin dengan permata?